20 perkara yg membuatkan wanita benci lelaki

Posted by shiera in tarbiyyah dzatiyah on November 6th, 2008 |  No Comments »

pinjam lagi dr website ‘Fauzynm - Laman Web Nasihat’

best la nasihat2 dlm blog you… I amik utk kongsi dgn my blog viewers….

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun

sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

AKU INGIN JADI ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMIKU…

Posted by shiera in tarbiyyah dzatiyah on November 5th, 2008 |  No Comments »

dipetik dari website ‘Fauzynm - Laman Web Nasihat’

Nasihat ke-506: Hukum Isteri Meleteri Suami

“Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?” Baginda menjawab, “Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.”

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.”

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: “Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku.”

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua… insya’Allah.

shaakira: insafnya baca, semoga Allah mengampuniku… kadang2 kita mudah lalai, sama2 lah kita saling memperingati….

ADA UNTUKMU - NUBHAN

Posted by shiera in a song to sing on November 5th, 2008 |  No Comments »

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

tag by ucu (lagi)

Posted by shiera in tag on October 26th, 2008 |  No Comments »

dah lama dah kena tagged ngn ucu ni… tp bila tgk ucu dh lama x update blog ucu, along malas la nk update blog jugak… hehe… ni along jawab ye ucu ye….

1. nama timang-timangan

  • family: along, kak long (di kalangan cousins n sedara mara), my hubby panggil org ’sha’
  • friends: shira
  • lain2: shaakira (nama penuh lebih baik)

2. anda seorang yang: pemalu, susah nk tegur org bila br jumpa (bl dh lm kenal, payah berenti bla bsembang), garang sket kot (kena ubah ni), manja. (yang lain2, org lain lebih mengenali diri ini kot)

3.insan teristimewa: suami tersayang, ummi, ayah n adik2 tercinta….

4. makanan dan minuman fevret: tom yam thai & jus oren

5. fevret color: biru

6. fevret song: mcm suka lagu indon je…. (sori) tp suka jugak la lagu ‘ada untukmu - nubhan’

7. siapa yg selalu buat anda gelak: abang…. suka buat lawak… org gelak sampai batuk…

8. sikap yang buat anda stress: susah nk terima pendapat org lain tp pendapat dia org lain kena terima….

9. 3 benda yg selalu ada dlm handbag:

  • purse
  • handphone
  • lip balm

10. kali terakhir anda beriya-iya menangis: mlm bila ntah, tiba2 rasa takut kehilangan my ‘abang’…

11. perkara paling lucu/memalukan dalam hidup anda: tersalah pegang bahu adik ipar (ingat kan my hubby) dr belakang nmpk sama je diorg, dh la pakai baju yg lbh kurg sama colour…

12. tag 6 org rakan anda: sape2 yg terlisted dlm ‘VISIT THEIR BLOG’ tu…

MY CONVOCATION

Posted by shiera in event gempak on October 26th, 2008 |  No Comments »

Lupa plak nk post tentang konvo ni…. Finally, I’m graduating with 1 star… boleh le, cukup makan… hehe

TARGET ACHIEVED… hehe… malas nak komen panjang2… nak taruk gambar2 je… banyak dh masuk kat friendster. so, kat sini, sikit2 je…

yang pasti, menjadi sejarah keluarga, 3 beradik konvo serentak…

  1. Along (Shaakira Uzir) - 23/8/08 - Bachelor Of Accounting (Honours)
  2. Angah (Munzirah Uzir) - 17/8/08 - Bachelor Of Science (Housing, Building and Planning) (Honours) (Urban and Regional Planning)
  3. Kak Chik (Hafidzah Uzir) - 20/8/08 - Diploma Of Quantity Surveying

 

PENGORBANAN SEORANG SUAMI….

Posted by shiera in usrati "usrah sakinah" on October 26th, 2008 |  No Comments »

saat org menaip ni, org tgh sangat2 merindui suami org yg kini sedang berkursus di timah tasoh… dah 3 malam dia berkursus, masih berbaki 2 malam termasuk la malam ni… hari selasa ni baru dia balik… rindunya kat abang… sejak hampir 5 bulan berkahwin, ni la pertama kali orang ditinggalkan… rindu tu sangat2 terasa la apatah lagi orang sekarang tgh mengandung 18 minggu (nak masuk 5 bulan)… bukannya apa, time2 cmni la org mengandung akan merasa selalu kekejangan lbh2 lagi pd waktu mlm… cmtu jugak la org pun… so, bila my hubby xde kat sebelah ms tgh sakit tu, mmg rs nak nangis sgt… kalau dia ada, walaupun tgh malam org kejutkan dia, dia tetap bangun picit2kan kaki org….

….ITULAH PENGORBANAN SEORANG SUAMI….

thanks abang… bila abang jauh ni, baru la teringat segala pengorbanan abang selama kita kahwin ni… bukan tak pernah hargai, tapi biasa la, kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangannya… alhamdulillah la ‘kehilangan’ ini sementara ja… mmg Allah sengaja menjauhkan kita buat sementara waktu untuk kita renungkan balik kebaikan dan pengorbanan pasangan kita…

ms mengandung ni, org rs sgt yg org ni banyak sgt karenah yg memeningkan kepala suami org tu… tapi dia x pernah merungut n sentiasa berusaha nk layan org sebaik mungkin… ‘isteri mengandung anak sulung la katakan’…. antara pengorbanan ashraf yang paling org ingat, antaranya:

  1. ms tu dh kul 11.30 mlm, bulan puasa… tiba2 org teringin sgt nk makan nasi lemak. dia pujuk suh org sabar sampai esok, dia gi cari. mula2 tu, org ok n terus sambung tido balik. tp xlama, dlm kul 12 org terjaga lg n ckp kt dia, “sha teringin sgt nk makan nasi lemak”. pastu dia tanya, “betul2 ke sha nak? klu sha nak, abg gi cari”. org jwb,”x payah la, dh lewat mlm, kesian abg”. tapi dia terus call pudin ajak pudin temankan dia cari nasi lemak utk org… n dia terus pegi…. pastu, org sambung tido n dia balik pukul 2, kejutkan org makan nasi lemak, dia dh beli… org x tanya pun dia beli kat mana n terus makan dgn penuh selera… pastu dia tanya, “x nak tahu ke kt mana abg dpt nasi lemak ni?” org angguk n tanya la kat mana dia dapat nasi lemak tu. dia jawab, dia dapat kat pasar borong kat mergong…. mak aih, jauh tu… jauh la sket dr jitra ni…. org terharu sgt dgn pengorbanan dia malam tu…. THANKS ABANG!
  2. dia sanggup pergi beli roti john utk org walaupun ms tu dh pukul 7.00 (masa tu buka puasa pukul 7.20) n hujan renyai2 plak tu… sbb ms tu, org xlalu nk makan apa pun n tiba2 teringin makan roti john… THANKS ABANG!
  3. ms awal2 alah dulu, org selalu tertido lepas maghrib sbb letih sgt muntah-muntah… pastu plk, org liat sgt nak bgn bila dia kejutkan utk solat isya’… dia sanggup tido lewat utk pastikan org bangun solat isya’ ataupun klu dia dh ngantuk sgt, dia akan tido dulu tp, dia akan buka lampu n pintu bilik air siap2 utk memudahkan org bangun, x la teraba2 cari suis lampu klu terbangun tgh malam. walhal pada hakikatnya, dia susah nk tido klu banyak cahaya…. THANKS ABANG!
  4. haha, yg ni lawak sket… tp ni cita sblm kawin la… ms tu kt umah tok safeeya… tgh kitorg rancak bersembang, tiba2 ada tetamu yg xdiundang dtg nk bersembang ngn kitorg. nama dia ‘cik lipas’. org ni dh la mmg sgt2 takut n geli dgn lipas. tp ashraf ni dgn selambanya, tangkap lipas tu dgn tangan dia n pergi buang kat luar…. tapi kan, sebenarnya….. bila dh kawin ni, bila bersembang dgn mak mertua, terbocorlah rahsia yg sebenarnya, hubby aku ni pun takut dgn lipas… tapi, dia mati2 mengaku tak… org tahu sbb apa, sbb org mmg takut dgn lipas… so, dia kena jd berani utk org… dan sekarang dia mmg tak takut dgn lipas dah demi org… THANKS ABANG! tapi dia tetap takut dgn mentadak mentadu sbb org xtakut dgn binatang tu…. haha!

banyak lagi pengorbanan dia yg mmg org sgt2 hargai n terharu sgt… org bahagia sgt jadi isteri dia…. SAYANG ABANG!

KAMI DAH BERPINDAH

Posted by shiera in usrati "usrah sakinah" on October 21st, 2008 |  No Comments »

 

Kami dah berpindah rumah…. Sekarang menyewa dulu… Lepas ni baru nak fikir beli rumah plak… Moga Allah permudahkan urusan dan limpahkan rezeki untuk kami… Amiin…

 

Alamat rumah baru:

No.51, Jalan TS/2/2
Taman Suria 2
Jalan Hospital
06000 Jitra
Kedah Darul Aman

oUR bAbY

Posted by shiera in usrati "usrah sakinah" on September 27th, 2008 |  No Comments »

baby

HONEYMOON

Posted by shiera in tarbiyyah dzatiyah, usrati "usrah sakinah" on July 23rd, 2008 |  No Comments »

Td sy buka soalan kat YM, “kenapa pengantin baru pergi honeymoon?” byk respon yang saya terima… sebenarnya sy tercari2 kaitan antara pengantin baru dan honeymoon…. ye la, lps kahwin je, org2 sekeliling akan bertanya… “dah pergi honeymoon?” “honeymoon kat mana?” KENAPA EK?

PENTING SANGAT KE HONEYMOON NI? KENAPA PENGANTIN BARU PERGI HONEYMOON? KENAPA PERGI HONEYMOON BILA BARU BERKAHWIN? TAK BOLEH KE PERGI HONEYMOON BILA DAH 30, 50 TAHUN KAHWIN?

Ramai org yg menjadi mangsa keinginan tahu sy yg sgt tinggi ni… hehe, sorry ek kpd sesiapa yg pening kepala memikirkan jawapan yg nk diberi kpd sy…

Bukan apa, sy sebenarnya nk tahu, honeymoon ni ada dlm Sunnah Rasulullah S.A.W ke? pergi honeymoon ni berlandaskan syari’at ke? ye la, sbb ilmu2 barat dah mcm sebati dgn jiwa2 anak2 Malaysia… Saya takut istilah HONEYMOON ni mcm Valentine’s Day… Faham kan? Takut ada yang terpesong… Tak pasal2 xdpt syafa’at Rasulullah…

Apa yg sy faham, pergi honeymoon ni bermaksud pergi ke sesuatu tempat berdua-duaan suami isteri untuk lebih privacy tanpa gangguan family… Selalunya, org akan pergi oversea untuk honeymoon, terutama tempat2 yang romantik… Kenapa? sbb nk lebih beromantika la…

Menurut ummi sy, bila sy bertanya kenapa pengantin baru kena pergi honeymoon? ummi jwb, pergi la utk lebih mengenali pasangan…. sesimple itu jawapan ummi…. Kmdian, td sy dpt jwpn dr husband sy, dia linkkan sy ke website ni… http://khilafah-centre.com/content/view/323/151/

dr situ sy hmpir menemui jwpn yg sy cari… walaupun bkn sepenuhnya… (sy akan cr buku tu) kesimpulan yg dpt sy buat, honeymoon cr Rasulullah adalah setiap hari, dlm rumah pun blh honeymoon demi utk menjaga keharmonian keluarga… Sapa2 yg ikut cara Rasulullah, insya’ Allah rumah tangga akan bahagia sehingga ke syurga… sy nk petik sedikit ilmu dr novel ‘Ayat-Ayat Cinta’ yg br je sy selesai baca…

“Pasangan suami isteri di dunia akan berkekalan di akhirat jika keduanya sama-sama menjaga ketaqwaan mereka kepada Allah S.W.T… jika mereka tidak menjaga ketaqwaan mereka, mereka tidak lagi bersama di akhirat kelak…”

Sbb tu lah Rasulullah didik kita utk ikut cara dan sunnahnya agar pasangan suami isteri dpt kekal bersama sehingga akhir hayat nanti….

Manakala, honeymoon menurut istilah Barat, adalah sesi suai kenal utk pasangan pengantin baru yg perlu di jalankan di luar rumah (selalunya ke oversea, tmpt2 romantik) utk berasmaradana tanpa gangguan… bagi mereka, di rumah, xsesuai nk ber’romantik2′… nk romantik2 je kena pergi jauh2…

Hari Ahad ni, sy dan husband akan berlepas ke Bali utk honeymoon… tujuan kami pergi adalah seperti saranan ummi, pergi la jalan2 utk lebih mengenali… kenapa Bali? sbb itu sj yang agent kami syorkan dan paling murah (lebih murah dr bercuti dlm Malaysia… gawat minyak kot…)

Setelah ilmu yg sy dpt ni, sy betulkan balik niat…. ikut cara Rasulullah… kan Rasulullah pernah bersabda: “kamu tidak akan lebih mengenali sahabat kamu sehinggalah kamu menggembara bersama2nya“… so, saya amik point ni, kami pergi jauh2 dan mengembara bsama utk saling lebih mengenali mengikut ajaran Rasulullah S.A.W.

Asalkan tak menyimpang dr ajaran Islam, syarak masih benarkan… yang pasti, bila berpegian, jaga syarak, jaga adab, jaga segala2nya agar org luar nmpk keindahan Islam….

Doakan kami tetap dalam IMAN dan menjadi mukmin, mukminat soleh, solehah….

alahai abang…ayang…

Posted by shiera in sudut senyum on July 23rd, 2008 |  No Comments »

Memula skali ayang anto kat abang

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cubahantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss gd.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar… ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

ni abang lak bagi…

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kansarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cubalah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kanabang gi keja…lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder… abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kanabang dah belikan tapi abang sembunyi kankat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah… tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek…hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianakdlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe…

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi  piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kancam mana….tgk laa sendiri gambar tu?.

Ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang